NoteNOTE


Most parts of this website are still under construction. Informations and news will be updated from time to time. We are sorry for any inconvenience caused.
Principal's Introductory Speech PDF Print E-mail
Sunday, 06 January 2008
Image

Principal

Malay College Kuala Kangsar


Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya saya berkesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata dalam Laman Web Rasmi Malay College Kuala Kangsar pada tahun 2006. Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Malay College Kuala Kangsar sempena Perayaan 100 Tahun yang disambut pada tahun 2005.

Kita akan ketinggalan jauh sekiranya tiada langkah-langkah dan strategi diambil oleh semua pihak dalam mengekalkan kegemilangannya. Semua pihak haruslah sedar akan peranan dan tanggungjawab masing-masing, kerana itulah satu pendekatan awal untuk mencapai misi dan visi yang kita idam-idamkan. Di samping kecemerlangan kurikulum, bidang kokurikulum juga tidak harus dipinggirkan. Para pelajar perlu sedar bahawa negara memerlukan pelajar yang terdidik dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dengan iltizam yang penuh daripada semua warga kolej, saya yakin MCKK mampu meningkatkan pencapaian akademik, sahsiah, kerohanian dan kualiti pelajar kolej sejajar  dengan keunggulan institusi ini sebagai sekolah primier. Saya yakin pada tahun ini kita akan mencipta kejayaan yang cemerlang dalam PMR dan SPM jika seluruh warga Malay College bersatu dan bekerjasama.

Semoga segala usaha dan cita-cita murni kita akan membuahkan kejayaan dan sekaligus mengharumkan nama Malay College Kuala Kangsar. 
“Sesuatu yang luar biasa itu hanya dilahirkan oleh usaha yang luar biasa".

Sekian, terima kasih.

En. Mohd Rauhi Bin Mohd Isa AMP, PPT.
Last Updated ( Tuesday, 12 August 2008 )
 
< Prev   Next >

Random Articles

MCKK - A National Heritage

Wednesday, 09 January 2008 | syed ahmad

The Founding FathersThe Malay College Experiment - The beginning of English-medium schools Producer of Prominent Malay Leaders - Old boys shaping the nation's path The Platform for Nation...
+ Full Story

The Northern Zone Championship

Tuesday, 15 April 2008 | ihsan ismail

The Cagers won their 6th consecutive PHT Northern Zone Championships in SMS Sultan Azlan Shah (SERATAS) Taiping convincingly.  This year Quest-4-Glory (Q4G) decided to field a team with 8...
+ Full Story

Other Articles