In Newspaper
MCKK anjur sidang kemuncak pemimpin pelajar sekolah Asean PDF Print E-mail
Tuesday, 26 August 2008

KOLEJ Melayu Kuala Kangsar (MCKK) akan menganjurkan Malay College Youth Development Summit (MC-YDS 08) bagi menjaga persahabatan dan kerjasama di kalangan pemimpin pelajar sekolah rantau Asia di Kuala Kangsar, mulai 24 hingga 31 Ogos ini.

Kolej itu dalam kenyataannya berkata, program itu bertujuan menambah pengetahuan dan pengalaman dalam pelbagai bidang khususnya pendidikan dan kepemimpinan di kalangan pelajar.

Selain itu, ia juga memberi peluang peserta berinteraksi serta meneroka cabaran dan peluang selaras dengan Wawasan 2020 dan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, iaitu membangunkan modal insan berdaya saing. 

Antara wakil sekolah tempatan akan menyertai MC-YDS 08 ialah Sekolah Sultan Alam Shah; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar; SMK Ave Maria, Ipoh; SMK Sultanah Asma, Kedah; Victoria Institution, Kuala Lumpur; Maktab Tentera Diraja; Sekolah Menengah Agama (L) Al-Mashoor, P.Pinang dan Sekolah Seri Puteri, Putrajaya.

Manakala antara sekolah luar negara pula ialah Vajiravudh College, Thailand; Aitchison College, Pakistan; Olongapo City National High School, Philippines; Raffles Institution, Singapura; Modern School, India; Thailand Center Muslim Democratic Development, Kingdom School, Arab Saudi dan Senior High School Purworejo, Indonesia.

Pelbagai aktiviti sepanjang program lapan hari itu, antaranya Kursus Public Speaking untuk pelajar yang akan menjadi fasilitator, perkongsian ilmu antara pemimpin pelajar, seminar dan dialog, khidmat komuniti, pameran dan persembahan kebudayaan. 

MCKK berharap MC-YDS 08 akan dapat melahirkan generasi dinamik selaras dengan aspirasi negara, seterusnya pelajar yang dapat mengekspresi diri dan peka terhadap potensi masing-masing untuk dikembangkan ke peringkat maksimum.

Untuk jangka panjang, perjumpaan itu dijangka mampu meningkatkan disiplin, keyakinan dan membentuk personaliti hebat pelajar tempatan, selain meningkatkan kemahiran sosial terutama sewaktu berkomunikasi dengan pelajar asing.



 

 
Interview with Datuk Sri Hishammuddin PDF Print E-mail
Monday, 14 July 2008

On 29 June 2008, Mingguan Malaysia interviewed Datuk Sri Hishammuddin Hussein, the Minister of Education, commenting on the MCKK Speech Day Address by DYTM Raja Dr Nazrin Shah. Here's the full article in Malay:

Melayu perlu bersatu


TITAH ucapan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah ketika menyempurnakan Majlis Ucapan dan Penyampaian Hadiah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada 21 Jun lalu menyentuh perasaan ramai orang Melayu.

Ia dengan jelas menunjukkan keprihatinan baginda terhadap nasib orang Melayu kini dan masa depan mereka. Bagi orang Melayu yang berjaya, pesan baginda “Janganlah berperangai seperti Si Tanggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”


 
MCKK Should Not Be Equated With Other Academic Institutions, Says Raja Nazrin PDF Print E-mail
Sunday, 22 June 2008

KUALA KANGSAR, June 21 (Bernama) -- The nation should see the status of the Malay College Kuala Kangsar here from a different viewpoint and it should not be equated with any other academic institutions, the Raja Muda of Perak, Raja Dr Nazrin Shah, said Saturday.

He said based on the historical roots of its inception, the identity of MCKK in terms of its form, teaching staff, curriculum and co-curriculum had its own uniqueness.

"MCKK should constantly be infused with new ideas for the college to be continued to be respected as a leading academic institution for secondary education in the country.

 
Twelve's victory does alma mater proud PDF Print E-mail
Thursday, 13 March 2008
TWELVE out of 15 'old boys' of the Malay College Kuala Kangsar did their alma mater proud when they emerged victorious in the recently concluded general election. Of the 15, nine were Umno candidates, five contested under the Pas banner and one from Parti Keadilan Rakyat.

However, not all of them were elated with their respective wins. Mohd Zahir Abdul Khalid, who won the Kamunting State seat in Perak, felt that it was a bittersweet victory for him.

"What disappoints me is that even though I won a seat, the Perak State Government will be formed by the opposition, not Barisan Nasional," he said. Mohd Zahir squeaked through with a 555 majority, defeating Pas' Muhamad Apardi Shaari.However, he is adamant that it would not deter him from performing his duties as an elected representative. The University Teknologi Petronas corporate services manager has already given up his job to focus on serving the Kamunting community.
 
Pendebat terbaik antara pelajar cemerlang PDF Print E-mail
Thursday, 13 March 2008

ImageIPOH 12 Mac – Kesibukan menjadi pendebat mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan bukan alasan untuk Mohamad Amirul Asyraf Mohd. Hanaffi, 18, mengabaikan pelajaran.

Dia muncul antara pelajar terbaik negeri Perak apabila berjaya memperoleh 10 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007.

Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) berasal dari Seberang Takir, Terengganu ini seorang pendebat yang hebat apabila berjaya membantu sekolahnya menjuarai Pertandingan Bahas Piala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun lalu.

Last Updated ( Thursday, 13 March 2008 )
 

Random Articles

Program IB di MCKK Mulai Tahun 2009

Thursday, 31 January 2008 | syed ahmad

Mengikut perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), program “International Baccalaurette Diploma” (IBD) akan dilaksanakan di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) mulai Mei 2009.IBD...
+ Full Story

Ucapan Pengetua HUPH 2008

Monday, 14 July 2008 | syed ahmad

  TEKS UCAPAN PENGETUA HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH 2008 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR SABTU 21 JUN 2008 Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera. Ampun Tuanku, Beribu-ribu...
+ Full Story

Other Articles